Cart

Your cart is currently empty.

Continue shopping

Tips Packing Barang Untuk Umrah (First Timer Wajib Tahu)

Apr 21, 2026 BUTIK HADRAMIYAH

Mommy masih ingat lagi malam sebelum flight…

Luggage dah buka depan mata.

Masuk baju, keluarkan balik. Tambah lagi. Rasa macam tak cukup.

Dalam kepala, satu je…

“Kalau dekat sana nanti tak ada, macam mana?”

Akhirnya mommy bawa barang terlalu banyak.

Tapi bila dah sampai Mekah…

Mommy cuma pakai benda yang sama je berulang kali.

Barang yang lain? Masih kekal dalam beg tak terusik.

Masa tu baru mommy betul-betul faham…
Packing umrah bukan tentang banyak.

Tapi tentang bawa yang betul.


Apa yang mommy sebenarnya guna sepanjang 10–14 hari

Untuk baju, mommy bawa sekitar 7 ke 8 helai jubah.

Bukan sebab nak banyak.

Tapi sebab tak sempat nak basuh setiap hari.

Dan kita memang akan rotate pakai.

Tapi jujur…

Yang mommy ulang pakai cuma beberapa helai sahaja.

Yang paling kerap dipakai adalah Jubah Asiah dari Butik Hadramiyah yang:

Set lengkap jubah sekali dengan tudung sarung berdagu serta niqab
Kain nida' sejuk dan flowy
Tangan full getah & ada button untuk wuduk
Sangat selesa walaupun pakai seharian

Yang lain cuma jadi “backup”.


Mommy juga bawa 2 set Suit Luna dengan seluar longgar.

Ini memang sangat membantu.

Sebab bila panjat kawasan macam Bukit Uhud atau jalan jauh…

Jubah kadang rasa berat, pergerakan jadi terbatas.

Tapi bila pakai suit…

Rasa lebih ringan, lebih fleksibel, dan tak cepat penat.


Untuk telekung, mommy bawa 2 ke 3 pasang Telekung Khawla dari Butik Hadramiyah juga.

Telekung ni sangat selesa. Yang best nya, boleh matching dengan Jubah Asiah tadi.

Satu memang pakai harian.

Satu lagi untuk tukar.

Dan satu sebagai backup.

Sebab dekat sana, kita guna hampir setiap waktu.

Kalau tak cukup, memang akan menyusahkan.


Tudung pula mommy bawa dalam 2 helai dari Butik Hadramiyah juga.

Dan realitinya…

Mommy pakai yang sama juga berulang kali sebab material dia sangat selesa.

Yang penting tudung tu:

Labuh
Tak panas
Tak melekap
Dan terus boleh pakai untuk solat


Pakaian dalam mommy bawa lebih kurang 8 ke 10 set.

Ini memang tak boleh kurang.

Sebab kita guna setiap hari.

Stokin pula mommy bawa sekitar 5 ke 7 pasang.

Sebab setiap kali keluar, mommy akan pakai stokin.


Bila masuk bab kasut, mommy betul-betul rasa penting

Mommy cuma bawa satu kasut.

Tapi yang betul-betul selesa.

Sebab hampir setiap hari kita berjalan jauh.

Untuk ke masjid, untuk tawaf, untuk saie…

Kalau kasut tak selesa, memang akan rasa terbeban.

Selain tu, mommy bawa satu selipar.

Senang pakai, senang buka masa ambil wudhu.


Mommy juga bawa satu beg kecil.

Yang ini memang setiap hari pakai.

Isi dalam tu cuma:

Telefon
Sedikit duit
Tisu
Air

Dan beg ni sangat membantu sebab kita keluar masuk masjid berkali-kali.


Untuk penjagaan diri, mommy bawa yang simple sahaja

Sabun travel size
Berus gigi
Face wash
Sunscreen
Moisturiser
Lip Balm

Sebab dekat sana cuaca agak kering.

Kalau tak jaga, kulit cepat rasa tak selesa.


Ubat-ubatan pula mommy memang tak skip.

Mommy bawa:

Panadol
Ubat selsema
Lozenges
Minyak angin

Sebab bila badan penat, benda ni memang membantu.


Dokumen pula mommy jaga betul-betul

Pasport
Visa
Tiket

Dan mommy simpan juga salinan.

Sebab ini benda paling penting.


Extra kecil yang mommy rasa sangat berguna

Powerbank
Wet wipes
Botol air
Plastik untuk baju kotor

Nampak kecil, tapi memang guna setiap hari.


Kesilapan terbesar mommy dulu

Mommy bawa terlalu banyak benda yang mommy rasa “just in case nak guna nanti”.

Fikir nanti mungkin perlu.

Tapi hakikatnya…

Tak guna pun.

Yang ada cuma:

Beg berat
Barang berselerak
Penat nak urus

Dan itu semua sebenarnya ganggu fokus kita.

 


Apa yang mommy belajar lepas umrah

Kalau mommy boleh ulang balik…

Mommy takkan tambah barang.

Mommy cuma akan pilih dengan lebih betul.

Bawa yang:

Set jubah yang dah siap matching
Boleh pakai lama dan berulang kali
Tak perlu banyak fikir

Sebab dekat sana…

Kita tak nak sibuk dengan baju dan barang.

Kita nak tenang.


Kesimpulan dari mommy

Untuk first timer…

Tak perlu bawa terlalu banyak.

Cukup koleksi dari Butik Hadramiyah (sebab confirm lengkap & selesa) :

Yang penting fungsi dan praktikal.

Sebab bila mommy bawa barang yang tepat…

Perjalanan jadi ringan.

Dan hati pun lebih lapang untuk fokus pada ibadah.

Itu yang paling berharga sebenarnya.

Back to the blog title

Post comment

Please note, comments need to be approved before they are published.