Kesilapan Jemaah Wanita Semasa Umrah (Yang Ramai Tak Sedar, Tapi Sangat Memberi Kesan)
Mommy nak jujur…
Sebelum pergi umrah dulu, mommy ingat dah cukup bersedia.
Dah baca, dah tengok video, dah dengar orang cerita.
Tapi bila dah berada di sana…
Baru mommy sedar, ada banyak perkara kecil yang orang tak cerita.
Dan perkara kecil inilah… yang sebenarnya boleh beri kesan besar pada ibadah kita.
Jadi mommy kongsikan supaya mommy yang bakal pergi nanti lebih bersedia.
1. Memakai niqab atau purdah semasa ihram
Ini antara kesilapan yang ramai tak tahu.
Bila dah niat ihram, wanita tak boleh menutup wajah dengan niqab atau cadar.
Ramai yang biasa pakai, jadi secara automatik terus pakai.
Padahal dalam keadaan ihram… ia tak dibenarkan.
2. Tak sedar masih ada wangi-wangian selepas niat ihram
Ini lagi satu yang selalu berlaku tanpa sedar.
Bukan setakat perfume.
Kadang datang dari:
Skincare harian
Sunscreen beraroma
Body lotion
Sabun hotel
Lepas niat ihram, semua jenis wangi-wangian perlu dielakkan.
Mommy sendiri terkejut bila tahu benda ni.
3. Aurat terbuka tanpa sedar sebab panas atau sesak
Dekat sana, memang panas dan kadang crowd sangat padat.
Dalam keadaan tu…
Ada yang lengan tersingkap
Leher terlihat
Atau kain terlalu nipis
Walaupun di Tanah Suci…
Aurat tetap wajib dijaga.
Dan ini antara cabaran sebenar.
Sebab itu mommy sangat tekankan pemilihan baju.
Mommy sendiri rasa lebih tenang bila pakai jubah yang:
Cutting loose
Tak jarang
Tak melekat
Macam jubah dari Butik Hadramiyah.
Bila material dia tebal cukup, flowy, dan tak melekap…
Mommy tak perlu risau tentang aurat walaupun dalam keadaan sibuk atau berpeluh.
4. Rambut terlihat semasa tahallul
Ini juga kesilapan yang biasa berlaku semasa tahallul.
Ada yang:
Tidak menjaga aurat
Rambut bersepah
Tak kumpulkan rambut dengan betul
Sedangkan wanita sangat perlu menjaga walau sehelai rambut kita agak tidak terdedah kepada ajnabi.
5. Keliru tentang haid atau flek
Ini situasi yang sangat penting.
Ada yang tetap lakukan tawaf walaupun dalam keadaan haid.
Padahal tawaf tidak sah.
Kalau berlaku…
Terus rujuk mutawwif.
Dan fokus pada amalan lain yang boleh dilakukan.
6. Tak bersedia dari segi rohani & emosi
Ini yang paling ramai terlepas pandang.
Ada yang datang, tapi fikiran masih sibuk dengan dunia.
Kerja
Masalah
Hal lain
Bila hati tak bersedia…
Susah nak rasa tenang.
Mommy belajar untuk latih diri sebelum pergi.
Zikir
Sabar
Dan cuba kosongkan hati
7. Tak jaga adab di Tanah Suci
Kadang tanpa sedar…
Bergurau berlebihan
Marah-marah
Bercakap kuat
Ambil gambar tak sesuai
Mommy sendiri tersentak bila nampak.
Sebab Tanah Suci bukan tempat melancong.
Ia tempat kita kembali kepada Allah.
8. Terlalu sibuk ambil gambar
Memang kita nak simpan kenangan.
Tapi kalau terlalu fokus pada gambar…
Kita akan:
Lupa doa
Tak khusyuk
Tak hayati ibadah
Mommy sendiri cuba kurangkan.
Ambil sekadar perlu.
9. Bawa barang terlalu banyak atau tak sesuai
Ini memang kesilapan ramai first timer.
Mommy sendiri pernah buat.
Packing macam nak pindah rumah.
Padahal dekat sana…
Kita guna benda yang sama juga.
Lagi banyak barang, lagi penat nak urus.
Umrah bukan tentang barang.
Tapi tentang fokus ibadah.
10. Memakai pakaian ketat atau jarang
Ini antara kesilapan yang nampak kecil… tapi sangat penting.
Ada yang pakai baju:
Terlalu fit
Nipis
Melekap bila berpeluh
Akhirnya rasa tak selesa dan aurat tak terjaga sempurna.
Mommy sendiri lebih tenang bila pakai set Jubah Asiah dari Butik Hadramiyah:
Longgar
Tak jarang
Tak melekap
Sangat praktikal
Dan tak perlu adjust sepanjang hari.
Sebab bila pakaian kita betul…
Kita kurang rasa rimas, dan lebih fokus pada ibadah.
Kesimpulan dari mommy
Banyak kesilapan ni bukan sebab kita sengaja.
Tapi sebab kita tak tahu atau tak bersedia.
Dan bila dah berada di sana…
Baru kita rasa.
Sebab itu mommy share awal-awal.
Supaya mommy yang bakal pergi nanti:
Lebih bersedia
Lebih tenang
Dan lebih fokus
Sebab umrah bukan sekadar perjalanan.
Ia pengalaman yang sangat berharga.
Dan bila kita elak kesilapan kecil…
Kita akan rasa perbezaan yang sangat besar sepanjang berada di Tanah Suci.